Jumaat, 5 Julai 2024
Isnin, 1 Julai 2024
SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR
Selamat Pagi Kuala Lumpur 🌞
Pagi ni min kongsikan trivia mengenai Unit Berkuda, Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Unit Berkuda DBKL telah ditubuhkan pada 1 Februari 1989 bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 15 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penggunaan kuda adalah bersesuaian dengan aktiviti rekreasi serta sinonim dengan persekitaran taman itu sendiri serta mengelakkan pencemaran alam. Keberkesanan penggunaan Unit Berkuda di taman-taman telah terbukti penggunaannya melalui laporan yang diperolehi dari luar negara seperti Unit Berkuda Australia Barat, Unit Berkuda West Midland Birmingham dan Unit Berkuda Polis Metropolitan London.
Selain rondaan taman, Unit Berkuda DBKL juga turut menyertai acara perbarisan melibatkan Hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan program di peringkat dalaman DBKL serta turut menyertai kejohanan ekuestrian peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Warga kota juga boleh melihat kuda-kuda ini secara dekat di program Kuala Lumpur Car Free Morning yang diadakan pada hari Ahad setiap minggu.
#TegasSetia
#KLBandarUntukSemua
#BandarMampanBandarSejahtera
#Sumber : facebook
-
Pelatih AW6457 Pelatih A6478 Pelatih menjalani latihan di bawah pengawasan LK 4971 selaku pem.jurulatih.
-
* SESI LATIHAN SKUAD 16 * PELATIH– A6316 A6317 A6347 A6385 A6410 A6416 A6419 A6420 *DI BAWAH PEM.JURULATIH K4949 *STABLE TITIWANGSA ( STA...
-
KUALA LUMPUR - Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat...
-
KUALA LUMPUR(Bernama) -- Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati ...