SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

SEJARAH



Penubuhan  Unit Berkuda

Unit berkuda DBKL telah di tubuhkan pada 1 Februari 1989. Penubuhan Unit Berkuda ini adalah di  sejak ilhamkan oleh Y.Bhg.Datuk Bandar Kuala Lumpur sejak 1985 dan kertas kerja Penubuhan telah di luluskan oleh kerajaan pada bulan Oktober 1987.
Bagi melicinkan tugas-tugas pentadbiran serta pengurusan ,jawatankuasa Unit Berkuda DBKL telah di bentuk dan di pengerusikan oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
Rancangan penubuhan ini adalah berdasarkan kepada kesesuaian penggunaan kuda-kuda di taman rekreasi dan sinonim dengan dengan keadaan taman itu sendiri dan dapat mengelakkan pencemaran alam. Keberkesanan penggunaan Unit Berkuda di taman-taman telah terbukti penggunaannya melalui laporan yang di perolehi dari luar Negara seperti Unit Berkuda Australia Barat,Unit Berkuda West Midland Birmingham dan Unit Kuda Polis Metropolitan London.


Fungsi-fungsi Unit Berkuda Jabatan Penguatkuasaan DBKL

Menguatkuasa undang-undang di taman-taman awam bagi memastikan keselamatan harta benda Datuk Bandar.
Menguatkuasa undang-undang kecil taman (WPKL) 1981 terhadap penggunaan yang melakukan kesalahan dengan mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan.
Mengadakan pertunjukkan  untuk pengunjung di dalam taman awam dengan persembahan (showjumping fire,muzikal ride,tent pegging,tattoo dan 3 elemen) bagi menghiburkan wargakota dan seterusnya menarik pelancong dalam dan luar negara.

Tiada ulasan:

FOLLOWERS