SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Sabtu, 22 Jun 2013

Team UB terlibat dengan kawalan BlackOut 505 22/6/13

 
team UB : anggota wanita turut membantu 

DUA PEGAWAI DBKL DIKASARI BILA PESERTA PERHIMPUNAN CUBA DIRIKAN KHEMAH
Kuala Lumpur, 22 Jun - Dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari sekumpulan peserta perhimpunan anjuran pembangkang kerana cuba menghalang mereka mendirikan beberapa khemah di Padang Merbok, di
sini, hari ini.
Taklimat Operasi BlackOut 505






team UB : anggota lelaki antara yang terlibat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari.

"Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul .

Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu.







foto atas : Keadaan di Padang Merbuk

foto bawah : keadaan di Dataran Merdeka





Isnin, 17 Jun 2013

OKU di Unit Rekreasi Berkuda Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR - Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat mereka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif membuka Pusat Menunggang Kuda untuk golongan itu.
    
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pusat yang terletak di Unit Rekreasi Berkuda Tasik Titiwangsa itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) sekali gus menjadikan ia pusat kesembilan seumpanya, di negara ini.
    
"Pembukaan pusat adalah satu usaha penambahbaikan DBKL di Unit Rekreasi DBKL memandangkan terdapat beberapa buah Sekolah Pendidikan Khas yang memohon untuk menjalankan aktiviti berkuda sejak tahun 90-an," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Menunggang Kuda bagi OKU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
    
Turut hadir Pengerusi RDA Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Persatuan Equestrian Malaysia Datuk Othman Talib, Setiausaha Eksekutif Majlis Ekuin Malaysia Datuk Malek Jeremiah dan Jurulatih RDA Paralimpik United Kingdom Sue Adam.
    
Ahmad Phesal berkata pusat itu akan dilengkapi dengan perkhidmatan lebih sistematik dan terancang merangkumi pemeriksaan kesihatan OKU, fokus pendidikan dan aktiviti fizikal yang selamat dan kemudahan terapi berkuda mengikut teknik dan standard yang ditetapkan RDA.
    
Beliau berkata antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda itu termasuk strok, serebral palsi, sindrom Down, masalah pembelajaran dan lembam.

Jumaat, 7 Jun 2013

OPERASI MENGUNCI BEKALAN AIR DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
OPERASI MENGUNCI BEKALAN AIR
(TUNGGAKAN SEWA PERUMAHAN AWAM DBKL)
Dimaklumkan bahawa DBKL akan melancarkan Operasi Mengunci Bekalan Air (Fasa 1) ke atas unit-unit kediaman, unit-unit kedai dan gerai Perumahan Awam dan PPR DBKL yang mempunyai tunggakan sewa / air. Ini adalah bertujuan untuk mengutip tunggakan sewa yang kini terkumpul melebihi RM56 juta. Operasi ini akan bermula pada 7 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013.
DBKL telah mengadakan sesi taklimat kepada penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan sewa / air selain telah mengeluarkan Notis Peringatan kepada penghuni yang mempunyai tunggakan supaya menjelaskannya.

Penyewa-penyewa Perumahan Awam dan PPR yang mempunyai tunggakan dinasihatkan supaya menjelaskan bayaran tunggakan tersebut di kaunter-kaunter bayaran DBKL bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekian.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
6 Jun 2013
27 Rejab 1434H

Selasa, 4 Jun 2013

Konvoi team UB - New t-shirt EMU [ KL - PERAK ]






* lokasi highway [ KL - PERAK ]

t-shirt team UB

Bahagian hadapan

Bahagian belakang

                                          logo belakang

                                                    logo depan kiri

*RM 35.00 sahaja

FOLLOWERS