SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Isnin, 2 Disember 2019

DBKL bakal guna kamera badan, 'dashcam'

ANGGOTA penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka akan dilengkapi kamera badan bermula tahun depan.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL Osman Ismail berkata, kamera badan itu akan dipasang pada uniform mereka sebagai langkah keselamatan selain menambah baik mutu perkhidmatan.

“Selain kamera badan, kita juga bercadang untuk pemasangan ‘dashcam’ pada setiap kenderaan penguat kuasa.

“Dengan adanya kamera badan dan ‘dashcam’ itu secara langsung dapat meningkatkan integriti, kecekapan dan ketelusan pihak berkuasa apabila berurusan dengan orang ramai termasuk ketika operasi atau serbuan,” katanya hari ini.

#TEAM UNIT BERKUDA DBKL

 1 DISEMBER 2019/ #sumber

FOLLOWERS