SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Jumaat, 7 Jun 2013

OPERASI MENGUNCI BEKALAN AIR DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
OPERASI MENGUNCI BEKALAN AIR
(TUNGGAKAN SEWA PERUMAHAN AWAM DBKL)
Dimaklumkan bahawa DBKL akan melancarkan Operasi Mengunci Bekalan Air (Fasa 1) ke atas unit-unit kediaman, unit-unit kedai dan gerai Perumahan Awam dan PPR DBKL yang mempunyai tunggakan sewa / air. Ini adalah bertujuan untuk mengutip tunggakan sewa yang kini terkumpul melebihi RM56 juta. Operasi ini akan bermula pada 7 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013.
DBKL telah mengadakan sesi taklimat kepada penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan sewa / air selain telah mengeluarkan Notis Peringatan kepada penghuni yang mempunyai tunggakan supaya menjelaskannya.

Penyewa-penyewa Perumahan Awam dan PPR yang mempunyai tunggakan dinasihatkan supaya menjelaskan bayaran tunggakan tersebut di kaunter-kaunter bayaran DBKL bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekian.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
6 Jun 2013
27 Rejab 1434H

Tiada ulasan:

FOLLOWERS