SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆

Isnin, 1 Julai 2024

SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR


 Selamat Pagi Kuala Lumpur 🌞


Pagi ni min kongsikan trivia mengenai Unit Berkuda, Jabatan Penguatkuasaan DBKL. 


Unit Berkuda DBKL telah ditubuhkan pada 1 Februari 1989 bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 15 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Penggunaan kuda adalah bersesuaian dengan aktiviti rekreasi serta sinonim dengan persekitaran taman itu sendiri serta mengelakkan pencemaran alam. Keberkesanan penggunaan Unit Berkuda di taman-taman telah terbukti penggunaannya melalui laporan yang diperolehi dari luar negara seperti Unit Berkuda Australia Barat, Unit Berkuda West Midland Birmingham dan Unit Berkuda Polis Metropolitan London.


Selain rondaan taman, Unit Berkuda DBKL juga turut menyertai acara perbarisan melibatkan Hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan program di peringkat dalaman DBKL serta turut menyertai kejohanan ekuestrian peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Warga kota juga boleh melihat kuda-kuda ini secara dekat di program Kuala Lumpur Car Free Morning yang diadakan pada hari Ahad setiap minggu.


#TegasSetia

#KLBandarUntukSemua

#BandarMampanBandarSejahtera

#Sumber : facebook

Tiada ulasan:

FOLLOWERS