Sabtu, 6 Oktober 2012
Taman Botani Perdana, KL
Masih ingat Panggung Anniversari di Taman Botani Perdana, KL yang suatu masa dulu memang dikenali lokasi untuk
persembahan para artis-artis 80an dan 90an. Kini Panggung Anniversari akan diaktifkan semula dalam Program Kreatif
Malaysia (Cre8tive Malaysia) pada setiap bulan bermula dengan Program Kreatif Malaysia – Jazz In The Park pada
6 Oktober 2012 (Sabtu) jam 12.00 tengahari hingga 7.00 petang.
Program ini adalah anjuran KPKK melalui seliaan Bahagian Muzik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya
Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), GO International Group dan Jazz Community Malaysia (JAZZCOMM).
Isnin, 1 Oktober 2012
Konsep 'CASH' di taman DBKL
KUALA LUMPUR - Bagi menjadikan ibu kota Bandar Raya Tropika Lestari menjelang 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerapkan konsep 'CASH' iaitu kreatif, aktif, suka bersukan dan sihat di tamannya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata antara usaha yang dilaksanakan di bawah CASH ialah melantik jurulatih senamrobik dan tai chi.
"Dengan adanya aktiviti yang dijalankan, saya berharap dapat meningkatkan kesedaran wargakota terhadap kepentingan menjaga kesihatan di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan," katanya ketika merasmikan dialog Belanjawan 2013 bersama 230 badan bukan kerajaan, termasuk persatuan penduduk dan persatuan penjaja di sini hari ini.
Beliau berkata DBKL sentiasa mempertingkat dan memperbanyak kerja pengindahan selain menaik taraf kawasan rekreasi serta kemudahan riadah bagi semua peringkat umur dan golongan kurang upaya.
Ahmad Phesal juga berkata sejumlah RM620 juta dibelanja untuk tempoh lima tahun oleh DBKL bagi menyelenggara kawasan perumahan awam dalam berbentuk pencegahan dan pembetulan kerja awam, elektrikal serta mekanikal.
Beliau berkata vandalisme di kawasan perumahan awam perlu ditangani oleh persatuan penduduk dan rukun tetangga dengan memainkan peranan yang lebih bagi mengenal pasti idea serta kaedah pencegahan sewajarnya.
"Jika masalah ini dapat diatasi, peruntukan bagi memperbaiki kerosakan akibat vandalisme boleh disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat dan dapat memberi kebaikan kepada semua golongan warga kota," katanya. - Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)
-
* SESI LATIHAN SKUAD 16 * PELATIH– A6316 A6317 A6347 A6385 A6410 A6416 A6419 A6420 *DI BAWAH PEM.JURULATIH K4949 *STABLE TITIWANGSA ( STA...
-
Hari Penguatkuasa (DBKL) ke 54 Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala...
-
KUALA LUMPUR(Bernama) -- Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati ...
-
LAIN - LAIN GAMBAR 1. ( facebook ) 2. ( facebook ) Bertarikh : 19hb.Ogos 2023 ( Sabtu ) Tempat : Unit Berkuda Dbkl Stable Titiwang...
-
📝 Tahniah YBrs. Timbalan Pesuruhjaya Mohd Muzammer bin Jamaluddin, selaku Pengarah yang ke 15 menerajui Jabatan Penguatkuasaan Dewan Ban...
-
KUALA LUMPUR - Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat...
-
Sempena Bulan RabiulAwal, sambutan Maulidur Rasul SAW merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik d...
-
Team Unit Berkuda DBKL Ambang Merdeka Di Hadapan Bangunan Sultan Abd.Samad Hari Penguatkuasa Di Taman Tasik Titiwangsa ...