SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Rabu, 19 September 2012

Latihan Hari Penguatkuasa ke 43

Latihan Sempena Hari penguatkuasa ke - 43
Acara ini akan berlangsung pada hari Khamis 
Bertarikh 27.9.2012 
Tempat : Taman Tasik TiTiwangsa
Tetamu VIP  Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin 


jurulatih unit berkuda S3963

foto bawah : Antara anggota UB yang terlibat dalam acara tersebut ( latihan )












Ahad, 16 September 2012

Datuk Ahmad Phesal Talib vs Datuk Bandar Kuala Lumpur


Datuk Ahmad Phesal Talib




Bagaimana Datuk melihat pelantikan ini? Persediaan mental dan fizikal menduduki kerusi panas itu dalam menjadi pentadbir penting Bandaraya Kuala Lumpur pastinya mencabar?

AHMAD PHESAL : Pertamanya, apabila saya dimaklumkan dilantik sebagai Datuk Bandar, saya menerimanya sebagai satu penghormatan. Keduanya, pelantikan ini juga membangkitkan nostalgia pengalaman saya selama tiga tahun sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan sewaktu menjadi setiausaha eksekutif Majlis Perbandaran Labuan (kini Perbadanan Pembangunan Labuan). Pelantikan ini juga mendebarkan saya kerana ia adalah satu harapan dan jangkaan terbaik daripada pihak kerajaan dan orang ramai yang mahu melihat Kuala Lumpur diletakkan sebagai antara 20 bandar selesa dihuni di dunia pada tahun 2020. Itu buat saya agak berdebar.

Secara tipikalnya, kehadiran Datuk sebagai Datuk Bandar baru pasti menarik tumpuan luar biasa khususnya warga kota. Gerak kerja, penampilan dan pendekatan menyelesaikan sebarang masalah akan dinilai dan pastinya perbandingan akan dibuat akan dibuat dengan mantan Datuk Bandar. Adakah ini memberi tekanan kepada Datuk?

AHMAD PHESAL : Saya sentiasa berpegang kepada aspek perhubungan awam, perhubungan baik, dan keupayaan mendengar permasalahan, cadangan dan pandangan pelbagai pihak. Ketiga- tiga aspek ini penting dalam meningkatkan imej dan penambahbaikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu, kita sebagai pihak berkuasa tempatan mesti juga menjadi ‘pendengar yang baik’ kepada orang awam. Perbincangan bersama perlu dilakukan dalam menyelesaikan apa jua isu.

Mengambil contoh dalam isu pembangunan semula penjaja di Jalan Raja Bot, Chow Kit, kita mendengar pandangan dan luahan peniaga yang berpengalaman hampir 40 tahun itu. Malah, apa yang dikemukakan mereka itu logik, mereka melihat pelbagai sudut.

Bagaimana cabaran berurusan dengan warga kota yang kini lebih agresif terhadap sesuatu isu dan tuntutan?

AHMA D PHESAL : Dalam soal ini, kita perlu faham bahawa penduduk telah mengeluarkan sejumlah yang banyak membayar perkhidmatan dan mereka mempunyai hak mendapat perkhidmatan terbaik dari DBKL. Mereka mesti marah apabila jalan yang digunakan tidak diturap, lampu jalan tidak bernyala. DBKL perlu lebih efisien dan bertindak segera menyelesaikan permasalahan itu.

Apa yang penting adalah respons segera. Mengambil contoh bagaimana kita berhadapan isu Damansara 21. Kita respons segera dan duduk berbincang. Mereka yang dalam keadaan marah akan kembali tenang kerana kita mengambil berat permasalahan yang dihadapi.

Dalam menghadapi kerenah politik kerajaan dan pembangkang, apa yang perlu dihadapi ialah kita perlu buat kerja agar mereka juga menyokong kita. Kalau kita buat kerja baik, reputasi baik pada politik. Oleh itu bekerjasama antara pemimpin politik, orang ramai dan juga pihak swasta perlu agar DBKL dapat menjalankan peranannya sebaik mungkin.

Kalau DBKL dapat memainkan peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan sebaik mungkin dan sempurna, tiada yang akan komen.

Saya mahu perkhidmatan DBKL diperkukuhkan di samping dekat dengan masyarakat.

Apakah aspek utama yang akan diberi tumpuan dalam melaksanakan tugas baru ini?

AHMAD PHESAL : Saya melihat pembangunan bandarmembabitkan peranan semua pihak. Pemaju dan pelabur boleh mengubah bandar menjadi begitu maju. Tetapi, apabila melihat aspek kebersihan awam, ia adalah satu tugas yang amat berat untuk menyediakan bandar yang selesa dihuni. Kerja–kerja pembersihan yang teratur dan sempurna memainkan peranan penting.

Dalam hal ini, saya akan melakukan perbincangan dengan pihak yang diberi tanggungjawab iaitu Alam Flora Sdn Bhd, apakah penekanan yang perlu diberikan kepada bandaraya ini dalam aspek kebersihan awam sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bandar lain termasuk di Sabah dan Sarawak lebih bersih berbanding Kuala Lumpur.

Oleh itu, elemen kebersihan awam ini perlu diberikan perhatian serius jika kita mahu sediakan sebuah bandar yang selesa dihuni. Dari segi kebersihan awam, saya sudah berbincang dengan pihak Alam Flora bagaimana kita boleh ubah kawasan yang satu ketika itu kotor kepada kawasan yang lebih baik, umpamanya Bukit Bintang, Kuala Lumpur Local Agenda 21 (LA21) sangat berjaya cuma sekarang ini kita mahu ubah supaya longkangnya bersih, laluan belakangnya bersih, struktur haram dapat dihapuskan.

Jadi, jika kita boleh tunjukkan ia merupakan yang pertama. Dua tiga kawasan lagi seperti Pudu dan Hentian Bas Klang. Kita tidak perlu ambil banyak kawasan. Bila kita sudah dapat arahan-arahan spesifik (SOP) kita gerakkan, kira rangkakan ia akan jadi contoh untuk tempat lain. Saya ambil contoh bila kita buat penyelenggaraan bangunan. Kerajaan amat gembira dengan langkah yang diambil melalui Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia). Mengecat, membaiki dan sebagainya yang mana sekarang ini telah diperluaskan ke seluruh negara. Maknanya, kita ada SOP yang kita sediakan dan semua spek kerja itu akan diberikan kepada penduduk untuk disemak.

Bagaimana Datuk melihat Pelan Pembangunan Kuala Lumpur dari segi infrastruktur misalnya Projek Aliran Transit Mas (MRT )?

AHMA D PHESAL : Dari segi Pelan Pembangunan telah pun kita sediakan dan akan diwartakan pada Februari 2013.
Dalam menyediakan pelan DBKL 2020 ini, perkara yang mutakhir ialah pembangunan terbaru, terutamanya keputusan kerajaan untuk menimbang tentang pelaksanaan MRT, beberapa cadangan lebuh raya yang tidak dimasukkan semasa pendengaran awam yang lepas.

Kita terpaksa melihat kembali, begitu juga dengan ‘River of Life’ yang telah pun menjadi satu elemen penting dalam pembangunan Greater KL/Klang Valley, maka semua ini menjadi satu tambahan kepada pelan yang dicadangkan untuk diwartakan.

Oleh itu kita mengambil langkah untuk meneliti semula dan sebagaimana Tan Sri Ahmad Fuad Ismail maklumkan, pendengaran awam itu perlu dibuat dari masa ke semasa untuk memastikan mereka yang terlibat bagi kawasan jajaran MRT dan cadangan lebuh raya ini dapat mempunyai perspektif yang benar tentang kegunaan tanah milik masing-masing.

Ini yang perlu diberi penekanan supaya tidak timbul bahawa orang ramai tidak dimaklumkan mengenai perancangan bagi sesuatu kawasan.

Kita menuju ke arah Greater KL dan kita tahu Kuala Lumpur juga sedang mengekalkan kehijauan bandaraya ini dengan pelaksanaan Greener KL, apa komen Datuk?

AHMAD PHESAL: Sebagai seorang yang amat prihatin tentang alam sekitar, sememangnya saya memberi perhatian serius terhadap penanaman pokok dan mewujudkan satu kawasan hijau. Ini adalah salah satu yang akan diberi tumpuan. Saya juga berbincang dengan pegawai DBKL supaya memperbanyakkan program bagi memastikan kehijauan Kuala Lumpur terpelihara. Jika dilihat di bandar besar seperti Amerika Syarikat dan di China, kita dapati mereka banyak mengisytiharkan ‘Environment City’. Jadi, untuk mendapatkan aspek bandar yang selesa penjagaan alam sekitar perlu diberi tumpuan.

Boleh Datuk namakan bandar-bandar lain yang boleh dijadikan contoh?

AHMAD PHESAL: Saya melihat bandar Vancouver, Kanada sebagai satu bandar yang sangat bagus. Datuk Bandaraya cacat berkerusi roda. Ketika itu saya berumur 12 atau 15 tahun, bandar tersebut diubah menjadi salah satu bandar yang selesa dihuni di dunia.

Taman-taman mereka dibiarkan secara pertumbuhan semula jadi, laluan tertentu sahaja diberi perhatian untuk dekorasi dan sebagainya. Jika itu boleh kita lakukan di Kuala Lumpur, kita masih ada kawasan hijau lagi.

Keduanya, di Melbourne juga bagus kerana penjagaan alam sekitar amat diberi perhatian umpamanya diisytiharkan penggunaan plastik tidak diperluaskan.

Walaupun di Pulau Pinang dahulu kita sudah isytiharkan untuk kurangkan penggunaan plastik tetapi kita kurang berjaya kerana maklum balas dan tindakan daripada pihak yang berkepentingan itu lebih mendahului daripada kepentingan menjaga alam sekitar.

Tetapi di Melbourne, saya lihat mereka sangat serius menyelesaikan masalah penggunaan plastik.

Ketiganya, Berlin iaitu Berlin Barat dan Timur. Sebelah Timur ini yang dahulunya di bawah kerajaan komunis, masih mengekalkan bangunan bersejarah dijadikan perpustakaan muzium, restoran dan sebagainya.

Manakala, di Berlin Barat pembangunan yang moden, perhatian lebih kepada masyarakat diberikan apabila disediakan laluan pejalan kaki, bermotosikal, dan berbasikal (disertakan dengan sambungan caj di mana-mana). Ia sangat menarik, jadi jika kita boleh lihat bagaimana pendekatan terhadap masyarakat. Di Kuala Lumpur, saya rasa, jika masyarakat boleh bekerjasama dalam projek seperti ini, saya rasa kita mampu melaksanakannya.

Jadi, aspek ini akan Datuk berikan penekanan dalam kalangan masyarakat di ibu kota?

AHMAD PHESAL: Pada saya pendekatan beri balik kepada masyarakat dengan kepedulian yang tinggi dan juga perkhidmatan yang ikhlas dan suci. Dengan falsafah ini, saya harap ia dapat mengajak orang ramai bersama-sama kita.

Saya lihat, memang ada potensi kerana saya sangat hargai inisiatif penganjuran program LA21 untuk Bukit Bintang. Mereka dilihat sangat serius melibatkan komuniti dengan menggerakkan aktiviti tahunan seperti gotong royong dengan yang diusahakan sendiri.

Di peringkat kementerian, kita juga sudah bincangkan bahawa kita akan peruntukkan lebih kurang RM1 juta untuk mulakan gerakan kebersihan bagi kawasan perumahan di mana kita tetapkan petunjuk prestasi utama ( KPI) dan persatuan-persatuan penduduk perlu capai KPI tersebut. Jadi, jika KPI dicapai, kita akan sediakan aktiviti geran sebagai insentif. Program tersebut dinamakan Anugerah Pencapaian KPI. Ini kerana, kawasan perumahan DBKL dilihat antara kawasan yang sering dikaitkan dengan masalah kebersihan dan vandalisme. Kita sudah pun memanggil semua persatuan-persatuan penduduk untuk bersama-sama kita dan kita minta mereka supaya menyertai program ini. Jadi, itu adalah langkah awal, sekiranya ia berjaya, keseluruhan kawasan perumahan boleh sertai program ini supaya orang ramai menyedari kepentingan menjaga kawasan masing-masing.

Adakah isu ini akan menjadi tumpuan pertama untuk diselesaikan?

AHMAD PHESAL: Program Anugerah Pencapaian KPI itu kita gerakan daripada kementerian tetapi DBKL akan bekerjasama dengan kementerian untuk menjayakan program ini. Sekiranya ini kita dapat laksanakan dan berjalan dengan baik, barangkali, kita boleh umumkan pada Sambutan Hari Wilayah nanti. Kita harap dengan galakan ini, persatuan-persatuan penduduk yang aktif yang menggunakan peruntukan untuk aktiviti itu. Kita sudah cadangkan untuk melantik orang luar, pasukan khas untuk membuat penilaian termasuk saya cadangkan daripada universiti untuk bantu menilai pencapaian tersebut. Jika ini berkesan dan kita nampak adanya kejayaan, kita akan teruskan.

Bagaimana Datuk melihat kebanjiran warga asing dan pendekatan Datuk untuk menanganinya?

AHMAD PHESAL: Keputusan kerajaan jelas, kita tidak boleh mahu salahkan mereka 100 peratus, saya fikir, polisi kita pun jika dilihat kepada sektor penjaja, sememangnya tidak ada satu pun kita beri kepada warga asing. Tetapi mengapa hal ini berlaku di mana kita sendiri tidak mahu mengambil salah satu daripada perkara yang kita perlu pertahankan. Saya bukan sahaja hadapinya di sini tetapi di Labuan juga begitu. Apabila kita beri kepada penduduk tempatan, mereka sewakan kepada warga asing dan memperoleh pendapatan yang lebih tanpa perlu bersusah payah. Jika ini sikapnya, ianya memang tidak berapa menggalakkan. Kita perlu mengenal penjaja warga asing ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Bangkok, Hong Kong, dan juga di Singapura. tetapi mereka lebih kepada kepentingan penduduk setempat, kerana jika DBKL sangat tegas sehingga tidak membenarkan mereka berniaga, susah juga. Kerana ini adalah bantuan secara terus kepada penduduk yang berminat untuk berniaga. DBKL perlu buat secara tersusun. Pada masa yang lepas, kementerian bercadang untuk memasukkan penjaja ke dalam bangunan, dan ini telah pun kita berbincang dan nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri supaya bersama-sama berbincang dengan mereka yang terlibat supaya bangunan-bangunan yang kita tempatkan mereka ini tidak merugikan atau menghilangkan pendapatan. Apa yang kita hadapi di Keramat Mall, itu adalah satu pengajaran yang baik, tetapi dalam masa sama, kita ada satu cara yang bagus, kita buat secara bersama di bandar Tasek Puteri. Mereka membuat reka bentuk, jadi kita juga terpaksa peruntukan kos yang lebih, namun asalkan mereka mahu berniaga di situ. Jadi pendekatan ini kita akan teruskan.

Bagaimana pula dengan pusat penjaja sedia ada yang masih dilabel sebagai projek ‘gajah putih’?

AHMAD PHESAL: Saya akan lihat kembali dan tahun lepas, kementerian ada juga mencadangkan ada satu model yang menguntungkan kedua-dua pihak. Saya akan tengok balik saya duduk dengan pegawai yang terlibat secara langsung. difahamkan, banyak medan selera yang tidak aktif, barangkali kesesuaian dan kadang-kadang tidak mengizinkan mereka untuk menarik pelanggan.

Dalam pada pusat penjaja yang masih belum diisi sepenuhnya, dalam sama, KL penuh dengan penjaja yang buka secara setinggan. Komen Datuk?

AHMAD PHESAL: Seperti yang saya katakan, sama ada pembinaan medan selera ini boleh menguntungkan mereka atau tidak. Jika duduk di dalam tapi orang tidak naik, untuk apa? saya sudah berhadapan dengan masalah ini di Pulau Pinang dahulu. Mereka tahu ruang ekonomi mereka di mana. Jika mereka berniaga di medan selera, tiada pelanggan, mereka turun berniaga di luar dan kita ambil tindakan, ia akan menjejaskan mereka dan keluarga mereka. Jadi, ini memberi kekangan kepada DBKL, namun sebenarnya sama di kota-kota besar lain seperti di Bangkok. Tetapi yang lebih penting kita mahu galakkan mereka agar berniaga dalam keadaan lebih bersih 

FOLLOWERS