SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Selasa, 17 Julai 2012

Datuk Bandar Kuala Lumpur (baru)


Ahmad Phesal Datuk Bandar KL baru

























Datuk Ahmad Phesal Talib

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Julai ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut, yang mana Ahmad Phesal akan menggantikan Ahmad Fuad.

Menurutnya, pelantikan Ahmad Phesal sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-10 telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut  Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

“Ahmad Phesal telah berkhidmat  selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pentadbiran, pembangunan dan perancangan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

“Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, River of Life serta program-program pembangunan lain di  ibu kota; dan ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur kelak," katanya.

Ahmad Phesal menyertai perkhidmatan awam pada 1977, dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan. 

Ahmad Phesal berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah daripada Universiti Wisconsin dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya. 

FOLLOWERS