SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆

Khamis, 31 Januari 2013

Keistimewaan Hari Wilayah 2013


Sambutan Hari Wilayah 2013 , Hari ini Raptai penuh Sambutan hari wilayah 2013 di Stadium Bolasepak Bandar Tun Razak Cheras , Kuala Lumpur .

Sempena Hari Wilayah Tahun ini , Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) memberi KEUTAMAAN kepada orang ramai khusus nya warga kota , Di mana banyak Keistimewaan nya

antaranya :

Diskaun saman
Percuma (masuk ) Tandas Awam
Percuma di Taman termasuk -naik kuda Pony
                                            -naik sampan
Dis 50 % untuk Aquaria
KL tower
Bas Hop on Hop off ( bayaran Rm 1. 00 )
dan banyak lagi..........

Maklumat penuh sila berhubung terus dengan pihak

KUALA LUMPUR CITY HALL
DBKL Tower 1, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Malaysia


GENERAL : 03 - 26179000
HOTLINE : 1-800-88-3255




Khamis, 24 Januari 2013

Siti Saleha di Unit Berkuda Dbkl

PENGALAMAN menjalani fotografi bersama gadis penghias kulit Pancaindera untuk minggu ini mencatat kenangan manis kerana dibuat di Unit Berkuda, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Taman Tasik Titiwangsa. Bantuan dan penerangan Ketua Komandan, Inspektor (K) Ramtalib Jani Mohamed tentang peraturan di unit berkenaan menjadikan hasil fotografi pelakon Saleha seolah-olah dibuat di luar negara. Ditambah pula dengan suasana kedesaan di sekeliling membuatkan mood Saleha di paras teruja biarpun terik matahari menjamah kulitnya yang putih itu hingga bertukar warna kemerah-merahan. Semangat heroin Nora Elana ini semakin meningkat tatkala diminta mempamerkan baju rekaan khas Juliana Raja Wahman buat Saleha sehingga tamat sesi fotografi. Pun begitu, graf semangatnya menjunam apabila Saleha mengetahui ada pihak mempertikaikan janjinya untuk mengasingkan soal kerjaya dengan perihal peribadi seperti yang dijanjikan sebelum ini. Perihal janji itu pernah diterbitkan Pancaindera pada keluaran 5 Februari lalu apabila Saleha memutuskan untuk tidak mendedahkan hal peribadi kepada umum. Bagaimanapun, Saleha tiba-tiba membuat pengumuman tentang kisah cintanya dengan seorang atlet di sebuah akhbar tempatan. Ini berlaku beberapa minggu selepas dia berjanji untuk tidak mendedahkan hal peribadi. Menjawab isu berkenaan menyebabkan gadis kacukan British-Belanda- Melayu ini berkata, "Saya tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin saya terlepas cakap masa sesi temuramah. Niat saya nak kongsi sikit-sikit saja (tentang kisah cinta). Tapi tak sangka perkara besar lain pula berlaku." Mengorek apa kejadian yang mengguris perasaan pelakon itu , katanya perkara ini terlalu rumit nak diberitahu. " Saya sendiri tak bersedia untuk berkongsi dengan semua. Saya tak nak ulas apa-apa. Sebab saya tahu saya bersalah. Kalau boleh, dah tak nak fikir pasal benda itu lagi." tegasnya lagi "Saya minta maaf sebab tak pandai jaga janji. Saya terima pengajaran daripada kesilapan sendiri. Saya sepatutnya berpegang teguh pada janji sebelum ini. Memang tak boleh terlalu bercerita tentang peribadi kalau nak berjaya. "Sepatutnya, saya lebih fokus dengan kerjaya, lebih-lebih lagi bila orang beri perhatian pada bakat lakonan saya sejak akhir-akhir ini," katanya dengan kesal. Pelakon yang baru menyambut hari jadi ke-22 tahun itu juga menolak untuk bercerita tentang apa kesudahan hubungan dengan kekasihnya itu. Pinta Saleha, "Sudah-sudahlah. Saya dah tak nak cakap pasal itu lagi". Katanya, dia tak rela terus bersedih mengenang kisah lalu dalam tempoh terlalu lama. "Saya mahu satu pembaharuan dalam hidup. Nak kepelbagaian sebab saya masih muda lagi. Banyak benda yang perlu saya kejar. Tak nak orang cakap saya artis yang bergantung pada cerita personal untuk dikenali. "Saya nak juga orang kenal saya artis yang ada sasaran hidup. Ada wawasan dan bukan tin kosong, sebab itu saya kena buktikan semua saya bukan jenis itu. Saya tak nak ada gangguan yang boleh halang perjalanan ke sasaran saya itu," jelasnya. Adakah Saleha menolak publisiti melibatkan peribadi sedangkan dia mengetahui bahawa artis itu hak milik umum? "Jangan salah sangka. Saya tahu batas-batasnya. Cuma saya tak suka dengan cara sogok cerita yang bukan-bukan kepada orang ramai. Saya nak jadi artis bersih. Tak ada cerita yang buat orang meluat dengan kita. "Lagi pun, industri kita tak berkembang mana kalau artis asyik dedahkan cerita yang tak bagi sebarang faedah," hujahnya lagi. Keberkatan hidupJANGAN terperanjat andai anak ketiga daripada empat beradik ini membuat pengakuan tulus bahawa dia bebas dari gangguan lelaki berhidung belang terutama yang ingin mengambil kesempatan atas dirinya. "Alhamdulillah, tiada lagi dikacau lelaki macam itu. Saya ada dengar cerita artis diganggu lelaki gatal, tapi perkara itu tak berlaku lagi pada saya. "Mungkin sebab saya boleh hidu niat seseorang kalau nak dekat dengan saya. Sebab itu kot, kalau ada lelaki miang-miang keladi itu, hati kecil saya bersuara. Jadi kena cepat berundur," dedahnya. Ditanya bagaimana dia boleh menajamkan deria tersebut, Saleha berkata, berkemungkinan bapa dan ibunya yang sentiasa doakan keselamatan anak mereka. "Saya diajar berdikari sejak berusia 15 tahun, buat iklan. Dulu, ayah selalu ingatkan saya tentang dugaan orang terkenal sepanjang perjalanan ke lokasi penggambaran. "Tapi bila saya dah besar, dah pandai pandu kereta sendiri, saya ingat semua pesanan ayah. Memang terharu bila imbas cerita lama. Doa ibu juga buat saya berjaya ke hari ini, biarpun dia jauh di UK (United Kingdom) sana, tapi sentiasa dekat di hati saya," katanya. Strategi diriDITANYA adakah Saleha berpuas hati dengan perjalanan seninya yang dibina sejak tiga tahun lalu, adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam ini pantas berkata tidak. "Saya masih memerlukan banyak tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon handalan dalam industri ini. Kalau boleh mahu digandingkan bersama pelakon-pelakon yang pernah menang anugerah seperti Maya Karin, Lisa Surihani, Beto Khusyairi dan Bront Palarae. "Saya nak ikut jejak langkah mereka, diangkat jadi pemenang dalam mana-mana anugerah. Sebab itu saya kena kerja keras dan cepat belajar. Sekarang ini, saya bersyukur bila ada tawaran lima filem sepanjang tahun ini. "Begitu juga dengan tawaran telefilem yang memerlukan saya lebih selektif. Saya nak kepelbagaian watak supaya lebih warna-warni. Alhamdulillah, angan-angan saya itu dimakbulkan. "Itu bermakna 2012 adalah tahun bekerja dan saya kena rajin intai peluang pengacaraan sebab itu juga salah satu impian saya," katanya yang selesa mengacara rancangan dalam bahasa Inggeris jika ada tawaran. Adakah itu bermakna Saleha bersedia meraih populariti apabila lakonannya bakal ditayangkan di kaca televisyen dan layar perak, pelakon yang baru melancarkan Kelab Peminat TSS ini pada 25 Mac lalu pantas mengiyakan. "Saya sudah bersedia (dengan populariti) seawal menjejak kaki ke dunia seni. Tapi biarlah popular itu yang ada makna," ringkasnya penuh yakin di hujung perbualan.

FOLLOWERS