SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆ AWAS KUDA ∆ AWAS ! KUDA MELINTAS ∆

Rabu, 7 September 2022

PELITUP MUKA 2022

Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022.


KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19. 


Kelonggaran yang diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.


Teruskan amalan penjagaan kesihatan kendiri untuk kesejahteraan bersama. 


Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan (optional). 


Pemilik premis boleh menentukan sama ada mewajibkan atau tidak pemakaian pelitup muka dalam premis.


Diwajibkan memakai pelitup muka jika anda bergejala.


Diwajibkan memakai pelitup muka ketika menaiki pengankutan awam.


Diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik.


KKM amat menggalakkan orang awam terus mengamalkan pemakaian pelitup muka terutamanya di kawasan orang ramai dan sesak.



#TeguhBersama

#KeluargaMalaysia


 

FOLLOWERS