DUA PEGAWAI DBKL DIKASARI BILA PESERTA PERHIMPUNAN CUBA DIRIKAN KHEMAH
Kuala Lumpur, 22 Jun - Dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari sekumpulan peserta perhimpunan anjuran pembangkang kerana cuba menghalang mereka mendirikan beberapa khemah di Padang Merbok, di sini, hari ini.
Taklimat Operasi BlackOut 505
team UB : anggota lelaki antara yang terlibat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari.
"Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul .
Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu.