Memaparkan catatan dengan label CARRIAGE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CARRIAGE. Papar semua catatan
Ahad, 4 Mei 2014
Sabtu, 3 Mei 2014
Welcome crew baru Carriage
foto ; Anggota sedang grooming kuda sebelum latihan
A 4990
A 5175
A 4701
A 5332
A 5305
A 5022
Jumaat, 2 Mei 2014
Carriage Dataran Merdeka di tutup [2 - 4 mei 2014]
Foto ; Dataran Merdeka -Bomba
Sambutan Hari Bomba pada 4 Mei 2014
Orangramai di jemput hadir
p/s : Carriage akan berjalan seperti biasa pada 4 mei 2014 / pukul 3.00pm - 4.30pm [ Tertakluk pada perubahan ]
Selasa, 8 April 2014
Jumaat, 4 April 2014
Tahniah ! kepada skuad baru Selamat Datang ke Team Carriage
Tahniah atas Penganugerahan Sijil
s3516 - Mahat
k4542 - Mahat ( telah meninggal )
k4559 - Mustaffa
k4592 - Azamuddin
a4627 - Sarizal
a4662 - Rohaisham
Rabu, 19 Mac 2014
Sabtu, 15 Februari 2014
Perkhidmatan Kereta Kuda Semarakkan Tahun Melawat Malaysia 2014
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan kereta kuda itu bakal menjadi tarikan terbaharu untuk pelancong di Kuala Lumpur.
"Pengalaman berkereta kuda akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan "KL Horse and Carriage Ride" sempena festival Tahun Baharu Cina di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, di sini Khamis.
Beliau berkata pengunjung akan dibawa bersiar-siar melalui Jalan Mahkamah Persekutuan yang berlatar belakang bangunan Sultan Abdul Samad sebelum melalui Masjid Jamek, sebuah daripada masjid tertua di Kuala Lumpur terletak di muara sungai Klang dan sungai Gombak.
Gerabak kereta kuda itu akan melalui Panggung Bandaraya, Gereja St Mary, Padang Kelab dan Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur sebelum berakhir di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.
Di sepanjang laluan, pemandu gerabak akan memberi penerangan mengenai bangunan-bangunan warisan yang terdapat di situ, kata Tengku Adnan.
Beliau berkata tiket bagi menaiki kereta kuda itu berharga RM50 seorang atau RM200 bagi seluruh gerabak dan boleh dibeli di kaunter Galeri Bandaraya Kuala Lumpur.
Tengku Adnan berkata perkhidmatan kereta kuda itu akan bermula dari 15 Mac dengan perkhidmatan berjadual 10 pagi hingga 11.30 pagi sementara pada sebelah tengah hari dari 3 petang hingga 4.30 petang.
Ini bagi memastikan perkhidmatan itu tidak terjejas semasa waktu puncak kesesakan jalan raya di ibu negara.
Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) optimis bahawa perkhidmatan kereta kuda itu akan menjadi produk pelancongan yang menarik dan menyasarkan 17,000 penumpang sepanjang 2014.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata buat permulaan tiga gerabak disediakan dan enam ekor kuda dan jumlah gerabak akan ditambah jika mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
-- BERNAMA
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Perkhidmatan itu menurut beliau adalah antara 20 program yang dilancarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang 2014.
DUA petugas DBKL mengendalikan kereta kuda yang akan menyediakan perkhidmatan membawa pelancong bersiar-siar di Kuala Lumpur
Untuk permulaan, sebanyak enam ekor kuda yang diterbangkan khas dari Belgium disediakan bagi perkhidmatan kereta kuda, manakala kereta kuda yang digunakan dibeli daripada Istanbul, Turki yang melibatkan kos sebanyak RM150, 000.
“Sekiranya program ini berjaya, pihak DBKL akan menambah lebih banyak kereta kuda pada masa akan datang, sekarang kita ada tiga sahaja. Kami juga menerima cadangan bagi menambah lebih banyak kereta kuda,” katanya.
kuda jenis Friesian, iaitu baka terbaik dari Belgium telah melalui proses penyesuaian iklim di negara ini di Unit Berkuda, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
© Utusan Melayu (M) Bhd
sumber
Langgan:
Catatan (Atom)
-
* SESI LATIHAN SKUAD 16 * PELATIH– A6316 A6317 A6347 A6385 A6410 A6416 A6419 A6420 *DI BAWAH PEM.JURULATIH K4949 *STABLE TITIWANGSA ( STA...
-
Hari Penguatkuasa (DBKL) ke 54 Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala...
-
KUALA LUMPUR(Bernama) -- Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati ...
-
LAIN - LAIN GAMBAR 1. ( facebook ) 2. ( facebook ) Bertarikh : 19hb.Ogos 2023 ( Sabtu ) Tempat : Unit Berkuda Dbkl Stable Titiwang...
-
📝 Tahniah YBrs. Timbalan Pesuruhjaya Mohd Muzammer bin Jamaluddin, selaku Pengarah yang ke 15 menerajui Jabatan Penguatkuasaan Dewan Ban...
-
Sempena Bulan RabiulAwal, sambutan Maulidur Rasul SAW merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik d...
-
Selamat menyambut Hari Pekerja tulus ikhlas daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. "...
-
PROGRAM KARNIVAL SK WANGSA JAYA BERTARIKH : 12 FEBRUARI 2023 ( AHAD ) UNIT BERKUDA JPK DBKL #TEAM UB DBKL CEKAL BERANI TABAH DEDIKASI