SELAMAT DATANG KELAB ENFORCEMENT MOUNTED UNIT DBKL * CEKAL * BERANI * TABAH * DEDIKASI © [ E.M.U.]™ ® FACEBOOK : Unit Berkuda DBKL ∆ COVID 19 ∆ SILA PATUHI SOP ∆ #KITA JAGA KITA ∆

Ahad, 21 Oktober 2012

Wanita Thai juara Kejohanan Kuda Lasak Terengganu


PENUNGGANG wanita dari Thailand Wipawan Pawitayalarp muncul juara dalam  kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan 2012 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu.
Kehebatan penunggang berusia 38 tahun dari pasukan The Horses ini ternyata sukar  digugat, sekali gus membolehkannya mempertahankan kejuaraan pada tahun ini.
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,500) dan seutas jam tangan bernilai RM25,000.
Wipawan yang menunggang 'Mulawa Angelus' berjaya mengetepikan 51 pesaing lain dalam acara 120 kilometer dengan catatan masa 7 jam 18 minit 8 saat.
Saingan yang bermula pukul 5 petang semalam dan berakhir pukul 4 pagi ini turut disertai penunggang dari Singapura, Hong Kong dan Indonesia.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Tempat kedua menjadi milik penunggang dari State of Terengganu Endurance Team (STET), Mohammad Fuad Hashim dengan catatan masa 7 jam 28 minit 38 saat manakala tempat ketiga diraih Mohd Bukhari Rozali (7:50:45s).
Muhammad Fuad membawa pulang wang tunai AS$7,000 (RM21,350) selain hadiah tambahan sebanyak RM21,000 apabila kudanya, Thay Lover dipilih Kuda Terbaik manakala Mohd Bukhari, dari pasukan Royal Terengganu Endurance Stables (RTES) pula menerima AS$5,000 (RM15,250).
Semalam Sultan Mizan Zainal Abidin mengetuai cabaran dalam kejohanan itu dengan menunggang 'RTES Annaversary'.
Turut serta ialah anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail yang menunggang 'Melchior D'Ecouves'. - Bernama


Selasa, 9 Oktober 2012

kereta kuda tahun 2020






kereta kuda ni sebenarnya bertujuan untuk melatih kuda disamping menjimatkan sumber tenaga. Dengan kata lain diorang taknak budaya kereta kuda zaman kuno tu hilang macam tu je.
Kereta ni dah tentu la sesuai untuk pelancong

Sabtu, 6 Oktober 2012

Taman Botani Perdana, KL






Masih ingat Panggung Anniversari di Taman Botani Perdana, KL yang suatu masa dulu memang dikenali lokasi untuk
 

persembahan para artis-artis 80an dan 90an. Kini Panggung Anniversari akan diaktifkan semula dalam Program Kreatif
 

Malaysia (Cre8tive Malaysia) pada setiap bulan bermula dengan Program Kreatif Malaysia – Jazz In The Park pada

 6  Oktober 2012 (Sabtu) jam 12.00 tengahari hingga 7.00 petang.

Program ini adalah anjuran KPKK melalui seliaan Bahagian Muzik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya
 

Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), GO International Group dan Jazz Community Malaysia (JAZZCOMM).


Isnin, 1 Oktober 2012

Konsep 'CASH' di taman DBKL


KUALA LUMPUR - Bagi menjadikan ibu kota Bandar Raya Tropika Lestari menjelang 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerapkan konsep 'CASH' iaitu kreatif, aktif, suka bersukan dan sihat di tamannya.
  
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata antara usaha yang dilaksanakan di bawah CASH ialah melantik jurulatih senamrobik dan tai chi.
  
"Dengan adanya aktiviti yang dijalankan, saya berharap dapat meningkatkan kesedaran wargakota terhadap kepentingan menjaga kesihatan di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan," katanya ketika merasmikan dialog Belanjawan 2013 bersama 230 badan bukan kerajaan, termasuk persatuan penduduk dan persatuan penjaja di sini hari ini.
  
Beliau berkata DBKL sentiasa mempertingkat dan memperbanyak kerja pengindahan selain menaik taraf kawasan rekreasi serta kemudahan riadah bagi semua peringkat umur dan golongan kurang upaya.
  
Ahmad Phesal juga berkata sejumlah RM620 juta dibelanja untuk tempoh lima tahun oleh DBKL bagi menyelenggara kawasan perumahan awam dalam berbentuk pencegahan dan pembetulan kerja awam, elektrikal serta mekanikal.
  
Beliau berkata vandalisme di kawasan perumahan awam perlu ditangani oleh persatuan penduduk dan rukun tetangga dengan memainkan peranan yang lebih bagi mengenal pasti idea serta kaedah pencegahan sewajarnya.
  
"Jika masalah ini dapat diatasi, peruntukan bagi memperbaiki kerosakan akibat vandalisme boleh disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat dan dapat memberi kebaikan kepada semua golongan warga kota," katanya. - Bernama

FOLLOWERS